5 Perkara Yang Anda Harus Elak Ketika Baru Berpisah Dengan Si Dia
 |
Perkara yang anda harus elak ketika baru berpisah dengan si dia, sebenarnya banyak. Manusia hidup berpasang-pasangan bertujuan agar dapat saling melengkapi dan saling membantu satu sama lain. Jatuh cinta memang begitu indah dalam kehidupan manusia, dan cinta itu memberi makna yang mendalam kepada setiap pasangan. Bak kata pepatah kalau jodoh takkan kemana. Namun bersediakah kita jika seseorang yang kita anggap jodoh selama ini sebenarnya bukan jodoh kita?
Cinta memang datang tanpa diduga namun begitu juga dengan perpisahan. Dalam berinta mungkin memerlukan masa untuk mengenali namun jika perpisahan terjadi, Masa yang lebih lama munkin diambil untuk melupakannya. Putus cinta memang sangat menyakitkan, tetapi tidak perlu sampai bunuh diri.
Berikut adalah beberapa perkara yang anda harus elak ketika baru berpisah dengan si dia.
|
 |
1. Sedih berpanjangan
Bersedih adalah antara perkara pertama yang berlaku sejurus selepas terjadinya perpisahan. Namun ianya tidak bermaksud anda perlu bersedih sepanjang masa. Ambil masa untuk fikirkan masa hadapan, apa kemungkinan dan peluang yang terbuka luas di depan mata berbanding dengan bersedih sepanjang masa.
|
 |
2. Mencari pengganti dalam masa yang singkat
Memiliki pasangan yang baru dengan segera mungkin memang dapat membantu anda melupakan kesedihanpada masa lalu. Ramai orang mengatakan cara ini adalah yang terbaik, sebenarnya mereka hanya akan membuka peluang untuk mengulangi kisah perpisahan yang sama dengan melepaskan kesedihan dengan pasangan yang dipilih tanpa pertimbangan apa pun. Kebanyakannya tidak lagi mengutamakan rasa cinta yang sepatutnya menjadi dasar dalam sesebuah hubungan.
|
 |
3. Menyendiri
Merenung dan memikirkan segala yang telah terjadi memang penting untuk menilai diri sendiri. Ketenangan diperlukan untuk mengurangkan pedihnya perpisahan, namun sebaiknya berhati-hati jangan sampai menjadi seorang yang penyendiri. Cuba dapatkan rakan untuk lebih meluangkan masa bersama berbanding berseorangan kerana ia hanya menambahkan lagi tekanan dan lebih buruk lagi mungkin keinginan membunuh diri itu timbul.
|
 |
4. Stalker
Antara perkara yang perlu dielakkan adalah menjadi pemerhati dalam diam atau lebih dikenali sebagai stalker. Kenapa hendak menjadi stalker? Hanya kerana ingin mencari keburukan dan kelemahan bekas pasangan untuk dijadikan modal dan alasan kenapa terjadinya perpisahan? Pada akhirnya, anda sendiri yang akan sakit hati dan mula bersangka buruk kepadannya tanpa mengetahui perkara sebenar.
|
 |
5. Mengabaikan Tanggungjawab
Walau apa pun keadaan dan situasi pepisahan yang anda hadapi, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab anda sebagai pekerja, suami/isteri, majikan, atau mungkin seorang anak yang masih mempunyai ibu dan bapa. Dalam sesetengah kes, menyibukkan diri dengan berkerja dapat membantu melupakan perihal sedihnya perpisahan.
|
No comments:
Post a Comment