10 Ciri Wanita Idaman Lelaki

10 Ciri Wanita Idaman Lelaki

Ciri wanita idaman lelaki sebenarnya kebanyakan wanita fikir kecantikan wajah adalah aset yang membuatkan lelaki terpikat padanya sedangkan pada hakikat, kebanyakan lelaki meletakkan paras rupa itu jauh dari keutamaannya. Jadi apakah sebenarnya ciri wanita idaman lelaki? Disini diberikan beberapa ciri wanita idaman lelaki sebagai panduan.


1. Kecantikan Dalaman

Wanita yang sejati adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi berprinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Ini kerana definisi kecantikan wanita adalah berbeza bagi setiap lelaki.

Ada lelaki suka kulit putih, ada suka yang hitam manis, ada yang suka muka berisi, ada suka kurus dan pelbagai lagi. Jadi jangan anggap wajah anda cantik, lelaki akan terpikat. Sebenarnya anda silap. (Rujuk SINI)

2. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Sifat manja menjadikan seorang wanita itu lebih disayangi.

Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. Kadangkala apabila terlebih manja, mereka akan diberi definisi mengada-ngada atau gedik. 

3. Menjaga Penampilan Diri

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang sukar dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga. Tetapi harus diingat, wanita berhias hanya pada suaminya sahaja, bukan untuk tontonan umum.

4. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

Akhlak yang baik datangnya dari apa yang diajar oleh ibu bapa mereka. Jika ibu bapanya baik, maka baiklah wanita itu.

5. Menjaga Maruah

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

Oleh itu lelaki lebih mengidamkan wanita yang menjaga maruahnya, bukan wanita yang suka melakukan tayangan amal tubuh badan mereka di media sosial

6. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet kerana wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

Adalah lebih baik menumpukan kepada perkara yang lebih besar dan paling penting bagaimana untuk memenangi dan menyenangkan hati si lelaki.

7. Supportive

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai gerak hati yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.

Wanita yang menyokong lelaki biasanya mempunyai fikiran cerdas dan mampu membantu mengatasi permasalahan dan memberi jalan penyelesaian kepada setiap perkara yang sukar. Tenangkan suaminya ketika resah, bangunkan suami ketika jatuh dan sokong setiap usahanya.
8. Menghargai Dirinya

Lelaki adalah seorang manusia yang mempunyai jiwa yang sangat sensitif. Walaupun nampak gagah, jauh didalam dirinya sifat ingin dibelai dan dihargai,

Sebut sahaja ucapan terima kasih, sayang, kata-kata pujian, dan ayat-ayat manja pastinya membuat lelaki lebih menyayangi diri wanita itu.

9. Pandai Menguruskan Rumah

Lelaki tidak pernah mengharapkan pembantu rumah untuk menguruskan perkara seharian di rumahnya. Sebaliknya isterinya yang diharapkan.

Perkara seperti pandai memasak, mahir menggosok baju, susunan dan lipatan baju yang kemas, perkakasan rumah tersusun rapi dan keadaan rumah yang berbau harum adalah sesuatu yang perlu seorang wanita itu mahir untuk menambat hati lelaki.

10. Bijak Mengurus Kewangan

Terus terang dikatakan, lelaki memang tidak suka wanita yang boros. Pada hakikat, suami adalah pencari harta dan isteri yang membelanjakan harta.

Tetapi harus diingat, tauke balak pun boleh muflis jika isterinya tidak bijak mengurus kewangan. Lelaki idamkan wanita yang mampu menguruskan kewangan rumah dan membelanjakan wang dengan berhemah.(Rujuk SINI)


No comments:

Post a Comment