Petua Tahan Lama!

Petua Tahan Lama

Mesti semua orang suka dan tercari-cari teknik dan cara-cara untuk tahan lebih lama. Nak tahan lama kan...? Kali ini kami kongsikan petua-petuanya...ikut petua ni...Insya-Allah, segalanya akan berjalan dengan lancar...



KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama setahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2016 dan sebelah lagi pada 1 Januari 2017. Wah...tahan sampai setahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

PAKAIAN.
Nak tahan lama,Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama Pinjamlah baju member...Baju sendiri simpan elok-elok dalam almari.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang

KERETA

Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

UMUR
Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam..Rajin-rajinlah tidur siang.

ROKOK
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.


KENYANG
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,Jujur dan ikhlas je!!!



No comments:

Post a Comment