7 Tanda Kita Sedang Berlaku Curang Tanpa Sedar

7 Tanda Kita Sedang Berlaku Curang Tanpa Sedar

Tanda kita sedang berlaku curang tanpa sedar ini biasanya kita melakukannya hampr setiap hari tidak kira sama ada ketika di tempat kerja, semasa beriadah ataupun ketika di rumah. Walaupun perkara ini sering dianggap remeh namun sebenarnya ia memberi kesan besar terhadap hubungan suami isteri.






1. Suka menggoda/mengorat rakan sepejabat.

Perkara yang sering dianggap perkara biasa ketika di pejabat. Sibuk mengorat orang lain tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Mencurahkan ayat-ayat cinta dan kata-kata berbaur godaan sering menjadikan mereka yang disasar itu terasa lebih bahagia dan kadangkala sehingga membuatnya terasa lebih selesa berada di pejabat berbanding bersama suami atau isteri di rumah. Maka disinilah kecurangan akan bermula.

2. Sering meluahkan masalah dengan rakan yang berlawanan jantina.

Masalah dalam rumah tangga adalah asam garam sesuatu perhubungan. Namun jika ianya dicurahkan kepada rakan yang berlawanan jantina, secara tidak langsung ia akan menimbulkan perasaan yang tenang setelah segala yang terbuku di hati diluahkan. Kadang kala tanpa sedar sambil bercerita dalam tangisan, rakan itu memeluk lembut untuk menenangkan dan mungkin lebih parah lagi, membawa kepada penzinaan.


3. Berjumpa dengan rakan berlawanan jantina.

"Alah, belanja makan je pun", merupakan alasan biasa sebelum ke peringkat seterusnya. Bermula dari berjumpa di tempat terbuka tanpa kehadiran suami/isteri, sehingga ke menonton wayang. Pada satu ketika perasaan resah jika tidak berjumpa, maka disinilah kecurangan bermula sehingga ada yang sanggup mengabaikan tanggungjawab semata-mata memenuhi keperluan nafsu.

4. Menceritakan keburukan pasangan.

Antara tugas sebagai suami/isteri adalah menutup aib pasangannya. Tetapi apabila topik perbualan berubah dari satu topik ke satu topik, kemungkinan besar ada yang bercerita tentang keburukan pasangan masing-masing. Dari perangai buruk sehingga kepada prestasi pasangan ketika di ranjang, habis semua diceritakan kepada rakan. Pada masa inilah, ada yang cuba masuk jarum dengan mengatakan prestasinya di ranjang jauh lebih baik dan menawarkan untuk mencuba. Jika pendek akal, inilah permulaan kehidupan curang.


5. Media sosial.

Dengan kepesatan teknologi, kita tidak dapat lari dari arus pemodenan. Kini, hampir semua orang ada akaun media sosial tidak kira apa jenis platform sekalipun. Telah terbukti juga banyak kes perceraian berlaku disebabkan media sosial dimana suami/isteri dalam diam berhubung dengan mereka yang pada awalnya cuma rakan di alam maya, membawa kepada tayangan tubuh badan dalam keadaan idak berpakaian, sehingga kepada penzinaan. Jadi sebelum jauh menyimpang dari kegunaan sebenar media sosial, jangan mulakan.


6. Kurang bersama dengan pasangan.

Ketika kurang melakukan hubungan badan dengan pasangan, waktu inilah keutuhan rumahtangga akan diuji. Hubungan badan yang kerap menjadikan rumahtangga aman dan harmoni. Ketika jarang berhubungan badan, ketika inilah pasangan mula meliar mencari seseorang yang mampu memenuhi kehendak nafsu.

7. Mendahulukan anak-anak dan ibu bapa.

Takkan nak jadi anak derhaka pula? Sebenarnya ia bermaksud keperluan, perhatian dan kasih sayang itu perlu diberi kepada pasangan. Bukan sudah tidak menyayangi yang lain, cuma keutamaan itu lebih kepada pasangan. Ini untuk mengelakkan pasangan kita rasa terpinggir dan terabai. Kerana ketika pasangan diabaikan, ada mata yang memerhati untuk mengambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment