5 Langkah Elak Hidup Susah
5 langkah elak hidup susah ini telah dikongsikan oleh Warren Buffett, antara manusia terkaya di dunia. Langkah-langkah mengelak hidup susah ini perlu diamalkan supaya kita tidak dibebani masalah dari segi kewangan.
 |
Langkah 1 - Jangan bergantung harap pada satu sumber pendapatan sahaja. Lakukan pelaburan di tempat lain untuk dijadikan sumber pendapatan kedua.
Kebanyakan orang kita hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Dengan gaji bulanan yang diterima saban bulan, itulah yang digunakan untuk membayar bil, hutang, dan membeli barang keperluan.
Kenapa tidak mahu mulakan pelaburan? Jika anda rasa ASB atau saham-saham amanah itu lambat dan sedikit pulangannya, maka anda boleh cuba sistem simbiosis. Contohnya anda beli gerai burger dan kelengkapannya, seterusnya anda cari pekerja untuk jalankan jualan burger. Pekerja gembira mendapat upah, anda pula dapat pendapatan sampingan.
|
 |
Langkah 2 - Jangan beli benda tak perlu, kelak anda terpaksa jual benda yang perlu.
Generasi sekarang sangat suka mengikut trend. Alasannya supaya tidak dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Telefon pintar yang lama walaupun masih elok berfungsi sanggup dijual untuk membeli telefon pintar yang terkini dan lebih mahal.
Elakkan trend sebegini. Kita tidak perlu mengikut kehendak sedangkan pendapatan pun hanya cukup-cukup untuk hidup hingga bulan seterusnya. Gunakan sahaja apa yang ada selagi masih berfungsi.
|
 |
Langkah 3 - Jangan menyimpan selepas berbelanja sebaliknya berbelanja selepas menyimpan.
Ini antara kelakuan kita yang kebanyakannya masih diamalkan. Bayar bil, sewa dan seumpamanya adalah perlu tetapi apabila berbelanja, itu yang perlu diawasi.
Selepas membayar segala bil, simpan dahulu sebahagian wang. Setelah disimpan, bakinya itu baru kita boleh gunakan untuk berbelanja. Jika kita berbelanja dahulu, kemungkinan besar kita takkan ada simpanan.
|
 |
Langkah 4 - Jangan mencuba sesuatu risiko dengan korbankan semua wang yang kita ada.
Biasa dengar pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa yang sangat singkat? Ada yang boleh percaya tetapi kebanyakannya tidak.
Jika rasa pelaburan itu betul, jangan sekali-kali letakkan semua simpanan anda kedalam pelaburan tersebut. Dikhuatiri pelaburan anda akan menjadi peleburan.
|
 |
Langkah 5 - Kepercayaan adalah bernilai tinggi, jangan harapkan ia dari mereka yang jahil.
Rasa percaya bukanlah sesuatu perkara yang boleh diikat dengan masa yang singkat. Ia memerlukan masa dan pengorbanan.
Hanya mereka yang berada bersama anda ketika saat anda senang dan susah sahaja yang boleh anda percaya. Jika mereka ada disaat senang dan hilang disaat susah, sila hilangkan mereka dari senarai orang yang anda boleh percayai.
Kesimpulannya, kesusahan boleh dielak sekiranya anda tidak mulakan perkara itu dengan cara susah. Apa yang perlu dilakukan kini adalah tambah pendapatan sampingan, jangan beli benda yang tidak perlu, memyimpan sebelum berbelanja, jangan ambil risiko dan percaya kepada mereka yang bersama anda ketika senang dan susah.
|
Carilah pekerjaan yang halal dan diberkati agar rezeki yang diterima diredhai Ilahi. Untuk mendapatkan peluang pekerjaan, rujuk
SINI
No comments:
Post a Comment