7 Sebab Kenapa Pasangan Curang
Sebab kenapa pasangan curang? Kalau zaman dulu nak dengar kes curang agak sukar. Namun kini ianya ibarat perkara biasa. Kenapa ianya terjadi? Mari kita lihat apakah faktor berlakunya kecurangan.
 |
- 1. Terlalu handsome / cantik
Biar dah mula rasa diri tu sentiasa handsome atau cantik, tu yang sampai sanggup boleh cari spare part belakang pasangan masing-masing tu. Biasanya golongan seperti ini menjual diri secara tak sengaja di media sosial. Bermula dari gambar profil sehingga ke koleksi selfie di merata-rata tempat. Ada yang sampai selfie sambil buang air besar pun ada.
|
 |
Dah kalau selalu sangat bergaduh mesti salah seorang akan rasa bosan kan? Kadang-kadang tu benda simple pun nak gaduh dah kenapa? Hal kecil diperbesarkan. Tak penat ke asyik bergaduh? Disebabkan hal itu, pasangan korang curang sebab stress asyik bergaduh je dengan korang. Maka dengan itu timbullah pihak ketiga yang pada awalnya tempat meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pasangan, lama-lama menjadi tempat melampiaskan nafsu.
|
 |
Jangan ingat semua orang tak ada rasa dendam dalam diri tau! Mungkin sebelum ni korang pernah curang maka kali ini pasangan anda pula nak balas dendam. Kononnya dengan anggapan biarlah rasa sakit tu sama-sama rasa. Dalam masa yang sama, anda mungkin tidak sepenuhnya tahu pasangan yang anda selingkuh itu ada bawa penyakit berjangkit tak? Mana tahu ada sifilis atau gonorea. Paling teruk mungkin HIV!
|
 |
Selagi belum ada ikatan yang sah, jangan nak control hidup pasangan anda. Jangan melebih pula! Dia pun ada hidup dia juga. Tapi kalau yang dah kahwin tu, si isteri wajib ikut apa suami cakap tau selagi benda tu tak melampau. Cuma yang agak peliknya, masa couple kebanyakan lelaki akan gila-gila control perempuan takut awek dia kena sapu. Bila dah kahwin, perempuan pula akan gila-gila control suami dia takut suami pergi pasang satu lagi.
|
 |
- 5. Cinta lama muncul kembali
Paling menyakitkan hati bila ex datang balik! Masa tu lah teringat kisah-kisah lama lepas tu timbul rasa sayang tu balik. Tak baik tau mainkan perasaan pasangan anda tu! Biasanya ex anda bukan datang sebab teringat kisah silam sangat pun. Silap-silap jual barang direct selling atau ajak join MLM. Sambil menyelam minum air.
|
 |
Penampilan kena sentiasa jaga kalau tak mahu pasangan curang. Biasalah, zaman sekarang memang penampilan tu kena tip top! Tetapi apabila bercerita tentang kecurangan, awek yang lawa level Nora Danish atau Fasha Sandha pun kena tinggal jugak! (rujuk sini). Sedangkan dah kahwin pun boleh bercerai berai, inikan pula baru couple seminggu.
|
 |
Lelaki rimas dengan perempuan yang terlampau gedik. Perempuan pun menyampah dengan lelaki yang terlampau poyo. Kalau sentiasa nak gedik atau poyo pun tak boleh juga sebenarnya! Lelaki sibuk nak poyo ala-ala patah ameng sedangkan topup prepaid pun mintak kat bapak. Cari kerja dan kumpul harta baru la boleh nak poyo. Perempuan pula kalau nak gedik biarlah berpada sebab pada mata lelaki, perempuan gedik nampak macam murahan. Kalau macam pemurah tu boleh la lagi diterima.
|
Kesimpulan
Curang sebenarnya disebabkan diri sendiri. Apabila sesuatu perhubungan itu diikat berlandaskan nafsu maka hubungan itu takkan kemana. Ikatlah hubungan dengan nikah dan restu ibu bapa kerana itulah cara yang diberkati dan dirahmati. Jadi jangan jadikan alasan sebab kenapa pasangan curang tapi lihatlah diri sendiri dahulu.
No comments:
Post a Comment